Saturday, 21 September 2013

Aku kayuh sorang

Malam ni memang susah beno aku nak tidur. Selalu senang je sampai negara kpop tu aku jalan kaki dengan pelbagai edvencher. Entah,ape aku kenang.

Mandi tadi pun teringat zaman sekolah dulu. Taim tu baru pindah sekolah. Darjah tiga. Aku tak peramah. Jadi,susah sikit dapat kawan. Terkuis sana sini. Sampailah darjah lima. Baru la aku dapat kawan. Tu pun lepas dibuli. Ye, aku kawan dengan kaki buli. Diorang tu sekelas dengan aku dari darjah tiga.

Satu petang yang sibuk dengan kanak-kanak balik sekolah petang, macam biasa aku balik bawak basikal sensorang. Memang loser la taim tu, sape nak kawan dengan aku seh. Kedai cekedis dekat je dengan sekolah agama masa tu. Jalan kaki kejap. Basikal aku paking kemas je sebelah pokok kelapa sawit. Ade la lagi 50sen duit ni nak beli cuinggam bola 3 kaler cap 88 tu. Tengah nak bayar, dua orang kawan sekelas aku merangkap kaki buli mata duitan pun dekat ngan aku masa tu. Mesra nampak tegur aku. Diorang tanya, aku balik sorang je ke? Macam sindir pun ade. Lantaklah,aku memang balik sorang pun.

Lepas bual panjang lagi mesra, diorang ofer nak balik saing tak.. Dengan cerianye aku jawab ofkos la nak!! Apelagi, berlari-lari keriangan aku pergi kebun sawit ambik basikal. Sampai je semula kat kedai tadi, dua ekor tu dah lesap!

Rupe-rupenye diorang naik van sekolah. Kayuh la basikal sorang-sorang lagi aku haritu.

Wednesday, 28 August 2013

Digital days

Budak-budak sekarang,
Tak ada iphone,S4,BB,
Kau loser,
Mintak duit mak bapak,
Mintak sampai dapat,
Nak show off pada kawan2 lain,
Bapak aku kaya wey,
Kau tak de fon,
Cemana nk rojer2,wechat,kakao bagai..

Haha..
Budak,kau tau tak susah,
Nak cari duit beli fon yang kau sendiri pun tak reti function dia..
Zaman aku dulu,
Tingkatan tiga baru tau taip mesej,
Masa tu game ular dah osem dah,
Bounce pun best..

Kelakar la tengok budak sekarang,
Tayang fon sana sini,
Fon ori ngan ap pyn tak tau beza,
Lantak kau la,
Jaga diri baik-baik sudah,
Hargai setiap pemberian mak abah,
Belajar pandai2,
Jangan pandai melawan,
Hormat orang tua
Jaga harta awam..

Ingat pesan ni budak

Saturday, 3 August 2013

Syawal dah?

Terasa macam baru semalam sambut ramadhan dengan housemates, sekarang tinggal tiga hari je lagi nak raya..ya Allah..cepat je masa berjalan.. Diam- diam dok kerja part time,tau-tau dah nak raya, tau-tau result final exam keluar.. Haizz.. Macam ni la aku isi masa lapang bila cuti, dan akan begitulah pada cuti cuti sem akan datang..

Walaupun kerja, sempat jugak aku belek-belek dvd dekat rumah ni..tengok movie,drama korea,drama jepun,bace manga,bace novel... Good times,good times...haha..

Talking about movies, recently aku sempat la tengok Despicable Me 2! Yeay!! More minions!! Suka gila benda kuning tu!! Start je movie tu dah lawak dah..sepanjang cerita tu memang tak kering gusi..seriously!!

Tentang drama korea pulak..aku buat bandingan antara hana yori dango, meteor garden and boys over flower..and guess what, aku rasa hana yori dango is the best compared to the other version..ada satu lagu dia ni memang kena dengan drama ni..Planetarium-Ai Otsuka..lagu tu memang main peranan betul dalam drama ni..sedih.. Nak nanges!! TT

Thursday, 18 July 2013

Exam bye-bye, kerja hai-hai

Tamat sudah exam week aku..jadi maksudnye sekarang cuti sem!!! Yeay..ole!! Tapi..cuti ni aku ambil peluang nak kerja part time..hahaha..tanggungan hidup sebagai pelajar sangat tinggi..lagi-lagi bila duduk dekat kawasan 'bandar'     -lol- tak dapat la aku cuti raya!!!! HUAAAAAA!!! Nangis kejap!! Tapi tak apa..demi bayar rumah sewa..hahaha...aigoo.
. Ingat cuti sem ni nak la spent time hiking ke, camping ke, island hopping ke, travel ke..semangat!!!!

Assalamualaikum

xoxo

Monday, 1 July 2013

exam season

dah lama aku biar blog tersadai..macam-macam problem..semua punca datang dari broadband (yang aku tak dapat bagitau ape jenamanye) dan yang pastinya aku online pun guna xperia tu je..bukan tak boleh update pun..tapi tak sepuas menaip guna pc..entahlah..risau jugak sebab broadband tu pun tersadai macamtu je..tak bayar lagi.. tu la masalah paling besar sekali..benci ah..dulu aku pakai line Maxis, lepas tukar je connection teruk..servis pun memang tak se'top' Maxis tu..kecewa gila..

Actually sekarang ni pun tengah final, esok ade paper internet, haha..angga la aku tengah sibuk setadi..yupp..knowledge perlukan pengaplikasiankan..hoho..sampai sini je lah..

Assalamualaikum..

kiss.hug.kiss.hug