Saturday, 21 September 2013

Aku kayuh sorang

Malam ni memang susah beno aku nak tidur. Selalu senang je sampai negara kpop tu aku jalan kaki dengan pelbagai edvencher. Entah,ape aku kenang.

Mandi tadi pun teringat zaman sekolah dulu. Taim tu baru pindah sekolah. Darjah tiga. Aku tak peramah. Jadi,susah sikit dapat kawan. Terkuis sana sini. Sampailah darjah lima. Baru la aku dapat kawan. Tu pun lepas dibuli. Ye, aku kawan dengan kaki buli. Diorang tu sekelas dengan aku dari darjah tiga.

Satu petang yang sibuk dengan kanak-kanak balik sekolah petang, macam biasa aku balik bawak basikal sensorang. Memang loser la taim tu, sape nak kawan dengan aku seh. Kedai cekedis dekat je dengan sekolah agama masa tu. Jalan kaki kejap. Basikal aku paking kemas je sebelah pokok kelapa sawit. Ade la lagi 50sen duit ni nak beli cuinggam bola 3 kaler cap 88 tu. Tengah nak bayar, dua orang kawan sekelas aku merangkap kaki buli mata duitan pun dekat ngan aku masa tu. Mesra nampak tegur aku. Diorang tanya, aku balik sorang je ke? Macam sindir pun ade. Lantaklah,aku memang balik sorang pun.

Lepas bual panjang lagi mesra, diorang ofer nak balik saing tak.. Dengan cerianye aku jawab ofkos la nak!! Apelagi, berlari-lari keriangan aku pergi kebun sawit ambik basikal. Sampai je semula kat kedai tadi, dua ekor tu dah lesap!

Rupe-rupenye diorang naik van sekolah. Kayuh la basikal sorang-sorang lagi aku haritu.

Wednesday, 28 August 2013

Digital days

Budak-budak sekarang,
Tak ada iphone,S4,BB,
Kau loser,
Mintak duit mak bapak,
Mintak sampai dapat,
Nak show off pada kawan2 lain,
Bapak aku kaya wey,
Kau tak de fon,
Cemana nk rojer2,wechat,kakao bagai..

Haha..
Budak,kau tau tak susah,
Nak cari duit beli fon yang kau sendiri pun tak reti function dia..
Zaman aku dulu,
Tingkatan tiga baru tau taip mesej,
Masa tu game ular dah osem dah,
Bounce pun best..

Kelakar la tengok budak sekarang,
Tayang fon sana sini,
Fon ori ngan ap pyn tak tau beza,
Lantak kau la,
Jaga diri baik-baik sudah,
Hargai setiap pemberian mak abah,
Belajar pandai2,
Jangan pandai melawan,
Hormat orang tua
Jaga harta awam..

Ingat pesan ni budak

Saturday, 3 August 2013

Syawal dah?

Terasa macam baru semalam sambut ramadhan dengan housemates, sekarang tinggal tiga hari je lagi nak raya..ya Allah..cepat je masa berjalan.. Diam- diam dok kerja part time,tau-tau dah nak raya, tau-tau result final exam keluar.. Haizz.. Macam ni la aku isi masa lapang bila cuti, dan akan begitulah pada cuti cuti sem akan datang..

Walaupun kerja, sempat jugak aku belek-belek dvd dekat rumah ni..tengok movie,drama korea,drama jepun,bace manga,bace novel... Good times,good times...haha..

Talking about movies, recently aku sempat la tengok Despicable Me 2! Yeay!! More minions!! Suka gila benda kuning tu!! Start je movie tu dah lawak dah..sepanjang cerita tu memang tak kering gusi..seriously!!

Tentang drama korea pulak..aku buat bandingan antara hana yori dango, meteor garden and boys over flower..and guess what, aku rasa hana yori dango is the best compared to the other version..ada satu lagu dia ni memang kena dengan drama ni..Planetarium-Ai Otsuka..lagu tu memang main peranan betul dalam drama ni..sedih.. Nak nanges!! TT

Thursday, 18 July 2013

Exam bye-bye, kerja hai-hai

Tamat sudah exam week aku..jadi maksudnye sekarang cuti sem!!! Yeay..ole!! Tapi..cuti ni aku ambil peluang nak kerja part time..hahaha..tanggungan hidup sebagai pelajar sangat tinggi..lagi-lagi bila duduk dekat kawasan 'bandar'     -lol- tak dapat la aku cuti raya!!!! HUAAAAAA!!! Nangis kejap!! Tapi tak apa..demi bayar rumah sewa..hahaha...aigoo.
. Ingat cuti sem ni nak la spent time hiking ke, camping ke, island hopping ke, travel ke..semangat!!!!

Assalamualaikum

xoxo

Monday, 1 July 2013

exam season

dah lama aku biar blog tersadai..macam-macam problem..semua punca datang dari broadband (yang aku tak dapat bagitau ape jenamanye) dan yang pastinya aku online pun guna xperia tu je..bukan tak boleh update pun..tapi tak sepuas menaip guna pc..entahlah..risau jugak sebab broadband tu pun tersadai macamtu je..tak bayar lagi.. tu la masalah paling besar sekali..benci ah..dulu aku pakai line Maxis, lepas tukar je connection teruk..servis pun memang tak se'top' Maxis tu..kecewa gila..

Actually sekarang ni pun tengah final, esok ade paper internet, haha..angga la aku tengah sibuk setadi..yupp..knowledge perlukan pengaplikasiankan..hoho..sampai sini je lah..

Assalamualaikum..

kiss.hug.kiss.hug

Wednesday, 22 May 2013

CNBlue : Blue Moon

Hi to boice/sone/goguma out there, kali ni nak cerita sikit la pasal konsert cnblue akan datang ni..Sedih! actually dah berbulan-bulan aq ikat perut semata-mata nak tunggu cnblue datang..masa tu belum lagi ada konsert ni..just prepare kalau-kalau yoong~ datang M'sia..Then, here they are..konsert blue moon dah sceduled to be on 24th august..u see, actually aq dah sangat-sangat ready..then BAM!!! on the day they sell the ticket, aq dengar ticket utk bahagian moon zone dah habis!! dear god, cepat gila..masa tu memang hancur luluh hati ni..sedih sangat-sangat..dah la masa tu jadual sangat pack..nak beli online mana ade credit card..sedih gila-gila..masa tu aq fikir kalau dapat ticket belakang sekali pun x pe la..paling kurang pun mana la tau dapat jumpa seohyun yang tengah senyap-senyap tengok konsert yoong~

Monday, 20 May 2013

Pervert for Dummies

Heyy guys..well the title here are quite interesting..lol..haha..memang kawan2 aq pun tau yg aq ni mmg pervert..yupp! Dunia ni memang bersepah-sepah lelaki hot! Dan aq yakin yang dengan mencuci mata adalah terapi terbaik!! So, dalam ramai-ramai lelaki hensem lagi macho dalam dunia ni..ada la beberapa yang mmbuatkan aq bertambah-tambah HAPPY!! haha..ok? macamana term lelaki hensem korang?? kalau aq Aaron aziz tu dah tolak tepi awal-awal la...Sori...sebab dia bukan bias aq kot..actually, pada aq, part yang paliiiing sexy utk lelaki is their lips and eyes..yeah, korang mesti fikir abs kan...haha!! 6 pack pun penting!! tapi x semua org nk shirtless kan..(nosebleed) Biarkan tu semua! tapi pada aq aspek yang penting memang bibir and mata tu..hihi..sebab......bila dia senyum tu..aiiihh...cair~

Macamana pulak ciri-ciri yang aq suka? Hmmm...kebanyakanye, yang misteri, ala-ala vampire, cakap pun slow je..takde nak jerit-jerit ni..x suka..yes! paling sesuai nak gambarkan macam smooth criminal..Jadi, aq decide nak list kan top 10 lelaki yang selama ni aq anggap hensem dan sexy dan vampire-ish..hihi..

So, here are the sexiest man alive!!



                     


Ni, omar borkan..google je la nama dia, nati anda akan terkejut! sebab dia x boleh masuk negara  arab sebab hensem sangat!! ishh!!!

actually chris ni crush aq sejak form 1 lagi..sampai la sekarang aq dah sem 2...memang susah nk lupakan crush aq ni...nak cerita sikit..sebenarnye aq pun x berapa suka si chris ni dengan rihanna..ntah la..aq lebih suka ex dia karrueche tran..
Yepp!! This is CnBlue leader Jung Yong Hwa!! (yongseo forever) first time aq kenal yoong ni pun sebab aq tengok  He's Beautiful..mase tu tak minat sangat pun..tapi sejak tengok we got married, cara dia layan seohyun...lama-lama baru rasa dia ni something..ahh..poyo kan..
Ni alex..haha..xde pun sexy dia ni, kalau tengok filem2 dia kecuali magic mike!! yepp.. tapi suka dia start tengok Wild Child..
Jatuh tempat ke 5 dalam carta hati aq ni, is harry kawan baik peter parker..heh! nampak macam biasa-biasa..tunggu bila dia senyum..mesti korang jadi pervert jugak!

Vampire..memang nosferatu ni taste aq..vampire sahaja!!! Robsten forever!!


Yeah, aq tau yang dia ni sexiest man alive, tapi x la sexiest pada aq..abs 100% markah aq bagi..tapi ..ntah la..

Liam ni...muka dia sangat match dengan miley..sweetnye..suka3..

Introducing evan ross, son to diana ross..pada yang tak kenal la..hot dia ni..tengok la  According To Greta.. suka dia pun sebab muka dia ala-ala Chris Brown..<3

Hyun Bin . Hensem ke? mata sepet je..tak apa! memang mata dia macam tu..tapi..bila dia senyum sinis, memang  macam vampire!! suka sangat !!